Penjagaan Kesihatan Serendah RM155.00

Disember 13, 2006

dispenser011.jpg

Life Water menyediakan beberapa Pakej air minuman alkali berion ‘Living’ mana Pakej A adalah pakej mampu, serendah RM155.00.

Dengan penjagaan kesihatan serendah RM155.00 anda akan mendapat 3 botol air minuman ‘Living’ (5 gelen setiap satu) dan 1 unit Dispenser panas-biasa ‘Table top’.

Penghantaran akan diuruskan ke tempat anda – rumah atau pejabat.

(Buat masa ini, penghantaran dibuat di Selangor dan Kuala Lumpur – Shah Alam, Petaling Jaya,Puchong,Klang,Puncak Alam,Kepong,Gombak,Sg Buloh, Segambut.Untuk kawasan-kawasan lain, boleh dirundingkan)

Pesanan ulangan (refill) cuma RM10.00 – RM14.00 sebotol bergantung kepada lokasi anda.

Penjagaan kesihatan serendah RM155.00 adalah berbaloi untuk kesihatan anda dalam jangkamasa panjang.

Khasiat Air Minuman Alkali Berion

Disember 13, 2006

water2.jpg

Ketidakseimbangan pH badan ke arah keasidan dalam jangkamasa panjang akan mengakibatkan kita mengalami penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kanser, gaut, sakit buah pinggang dan sebagainya.

Untuk mengimbangi tahap keasidan, air alkali berion mampu menanganinya kerana ia terdiri dari kelompok molekul air yang kecil dan bersifat alkali, berupaya meguraikan sisa-sisa asid yang terkumpul dan memudahkan proses penbuangan melalui sistem pencernaan, perpeluhan dan pernafasan kita.

Secara ringkasnya, khasiat-khasiat minum air minuman alkali berion adalah:

  • membantu sistem perkumuhan menyahkan sisa metabolisme dan menjana oksigen untuk kecergasan.
  • Bertindak sebagai anti-oksida, menuetralkan radikal bebas (free radicals).
  • Bebas dari pencemaran dan kuasa penyerapan dalam badan adalah tinggi.
  • galian dalam bentuk ionik untuk memudahkan diserap dalam sistem penghadaman.
  • menjana oksigen dengan limpahan tenaga untuk kecergasan.
  • menyahkan toksik dalam badan.
  • bertindak sebagai anti oksidan.
  • kuasa penyerapan dalam badan adalah tinggi kerana molekul airnya halus dan kandungan mineral adalah dalam bentuk ion.
  • keseimbangan paras pH dalam badan untuk pembentukan sel-sel sihat.

Badan Berasid Punca Segala Penyakit

Disember 13, 2006

Salam sejahtera.

Di dalam dunia moden hari ini, tidak dapat tidak kita terpaksa menghadapi cara hidup moden yang memberi kesan yang buruk terhadap diri kita sendiri – tekanan, makanan segera dan proses, pencemaran alam sekitar, pencemaran makanan dan air dan kerja berlebihan.

Inilah faktor-faktor yang tidak dapat kita elak dan ianya mengumpul lebih banyak toksin dan asid di dalam badan kita – hari demi hari.

Tahukah anda bahawa asid yang berlebihan adalah punca segala penyakit kronik hari ini? Namakan saja – gastrik, tekanan darah tinggi, sakit otot dan sendi, keletihan, sakit kepala, kanser, buasir, penyakit jantung dan bermacam-macam lagi.

Cara terbaik menangani masalah ini adalah dengan mengambil makanan dan air yang seharusnya mengandungi 20 peratus asid dan 80 peratus alkali.

Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Kita mengamal kan cara hidup dan mengambil makanan dan air yang lebih cenderung kepada 20 peratus alkali dan 80 peratus asid.

Tahukah anda bahawa badan orang yang sihat lebih cenderung beralkali, pH7.3 – pH7.4 ?

Jadi bagaimanakah caranya yang mudah untuk mendapat lebih kandungan alkali dalam badan kita?

Mungkin kita lebih susah mengawal makanan, tetapi lebih mudah kalau kita mengawal dan menjaga air minuman kita kerana badan kita mengandungi lebih banyak cecair. Minumlah lebih banyak air yang beralkali setiap hari.


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.